BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 23, 2012

Maafkan saya wahai Hati yang Tabah! :)

Assalamualaikum~

Lama dah xtulis entry baru. Busy sgt2. Sekarang nie pun tgh & masih kekal busy tapi sebab rasa nak tulis sgt2. huhu.

Hidup nie sememangnya takde yang pasti. Kita sendiri tak tahu apa yang benar2 terbaek buat kita. Samada pilihan kita tepat atau tidak. Mungkin tepat utk detik ini tapi bukan yang terbaek buat masa depan.

Usia dah meningkat. Tua sudah. Isu yang dipikirkan tetap tak berubah topik tapi cara pemikirannya yang berubah mengikut kematangan.

Terlintas dibenak pikiran:
1) Kerjaya: Kenal & suka insan yang bekerjaya cemerlang tapi muncul isu tiada masa. Masing-masing sibuk membina karier sampai tak sempat utk ambil tahu hal satu sama lain. Kenal & suka dengan insan yang tidak bekerjaya tapi muncul perasaan gusar boleh ker insan ini memberi kehidupan sempurna dalam dunia yang amat mementingkan wang kini. Akhirnya, semuanya bukan dalam tgn kita kerna yang bekerjaya tak mustahil hilang kerjaya & tidak bekerjaya baik tak bermakna tak akan berjaya. :)

2) Kesihatan: Kenal & suka dengan insan yang sihat tapi muncul ketika hari-hari dia tak punya masa sebab asyik dgn aktiviti luar atau tak pun dengan segala gadget & game2 yang ada atas muka bumi ni sehinggakan ada pihak rasa terabai. Kenal & suka dengan insan yang mempunyai limitasi kesihatan membuatkan kita berfikir adakah insan ini mampu menemani kita sehingga hujung nyawa atau mungkin kita tak mampu menangani kesakitannya? Akhirnya, semua orang pun tahu ajal maut ditangan Allah. :)

3) Restu orang tua: Kenal & suka dengan insan yang direstui keluarga. Perfect! tapi hati kita tak mampu menipu jika yang direstui bukan pilihan hati. Kenal & suka dengan insan yang tidak direstui keluarga. Sadis! Nyata & jelas hubungan harus punya restu keluarga. hati tetap tak mampu menipu atau memadam rasa sayang dihati. Akhirnya, Kenal & Suka berubah menjadi Derita & Seksa. :)

4) Persefahaman: Kenal & suka dengan insan yang memahami. Alhamdulillah! Tetap juga faham bukan segala-galanya. Kenal & suka dengan insan yang tidak memahami. Atoyai! Sakit hati tetapi maseh mampu rasa nyaman. Akhirnya, faham atau tidak itu tak penting kerna kalau ada jodoh tak kemana. :)

5) Sekufu: Kenal & suka dengan insan yang sekufu. Bagusnya! Tetapi sekufu tidak bererti baik. Ianya cuma satu faktor yang diambil kira. Selebihnya itu bukan apa-apa. Kenal & suka dengan insan yang tidak sekufu. Hati pedih! Akhirnya, kita harus memilih antara hati atau akal. :)

Membesar dengan baik. Penuh dengan kasih sayang. Cukup mengenali keinginan insan-insan yang menyayangi dan disayangi.

Percaya. Rasa indah yang dirasai ini bukan direka-reka. Pertama kali, terlihat, melihat dan seterusnya membuahkan rasa senang.

Farah tetap Farah. Dia terlalu realistik. Perlu memikirkan sejuta orang sebelum dirinya. Sepertinya rasa ini juga perlu dikuburkan buat kesekian kalinya. T.T

**Membaca entri ini sudah cukup membuatkan air mata menitis dgn secemerlang yang mungkin. Hehe. Kenapa perlu rasa ini kalau sudah pasti kesudahannya begini? Maaf hati, kamu akan jatuh saket lagi. ;)**


Feb 12, 2012

Hormat hidup orang lain. :)

Nampak happy dan boleh senyum bukan bermakna hidup sesorang itu tenang.

Banyak yang perlu dikejar dalam hidup.

Benda yang boleh buat orang lain mungkin tak boleh buat hidup anda happy.

Harus hormat kehidupan orang lain.

;)

Feb 3, 2012

Bubye HUKM... ;(

Alhamdulillah~
Berakhir dengan jayanya attachment saya di HUKM selama lebih kurang sebulan. Fuhh~ *kesat peluh di dahi* Dengan semua mitos-mitos yang didengari tentang SLP di HUKM yang memang sekadar mitos sahaja. :P

Mula-mula tu memang seram sebab menuntut dengan super duper senior yang tahap dewa punya hebat. Dan kerana kehebatan SLP disana, banyak ilmu yang dapat saya timba. Happy! Tak sia-sia ulang alik hari-hari dengan jam al-ala manja gitu. Hehehe-

Terharu sangat sebelum pulang, mereka buat small celebration "kenduri PIZZA HUT". Thanks semua. Sepatutnya, saya yang belanja kalian yang sangat/banyak membantu. Uhukkss! Sdey.... Jangan lupa saya. Selalulah ajak saya menyibuk-nyibuk di HUKM bila perlu dan sesuai dgn konteks. Heeee.....

Penat-penat, next week balik semula kerja-kerja di Hospital Sungai Buloh dan UiTM Sungai Buloh terchenta! :))

Okeyh! Bubye HUKM. Jumpa lagi. Terima kasih semua yang bantu saya. Nanti saya pergi HUKM lagi kalau ada apa-apa urusan berkaitan. hehe.
Love SLP HUKM a lots!!!
*takde pixca, xsempat nak ambik*
:P

p/s: sorry dekat "awak yang sweet" sebab sejak-sejak dekat HUKM nie busy. Lepas tu, tak angkat kol awak hari tu sebab kuar tak bawak hp. Perhaps next tyme yea. Noted jugak awak busy. Take care. ;)


Jan 21, 2012

Chenta Siti Nurhaliza! ;)

Assalamualaikum~

Very short entry again. Super duper busy busy busy!
;))

Rasa penat sebab di hari-hari cuti pun ada kerja kena settle kan. Saya ni jenis orang yang takleh nak tangguh kerja. Serabut jer otak pikir kerja yang perlu disettlekan.

Satu perkara yang selalu berjaya buat saya bersemangat untuk kerja atau masa belajar2 dulu bersemangat untuk study & berklinik2 ialah menonton video2 Siti Nurhaliza. Entahlah, dia memang sumber inspirasi konsisten saya.

Harap satu masa nanti akan berjaya seperti beliau walaupun dalam bidang yang berlainan.
Amin~

p/s: esok hari bersama keluarga. lalalala~

Jan 19, 2012

Kerja-kerja banyak! ;)

Assalamualaikum~

Minggu yang busy.
Otak berputar-putar ligat.
Selesaikan semua benda yang perlu.
Atoyai~

Seperti hari-hari lain, esok pagi kene berklinik2 & wad2. Petang pulak kene selesai hal-hal admin & meeting. Semoga semua berjalan dgn baek. Amin~

Ok, itu jelah nak bagitaw. xsempat nak cite-cite panjang lebar.

p/s: rasa bersalah tak dpt attend wedding kwn next week tapi hidup memang busy. saya doakan mereka dari jauh semoga jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat. :)

Jan 12, 2012

Hujan bunga di hospital~ ;)

Assalamualaikum~
:)

Another short entry.
Al-maklumlah kehidupan busy tahap dewa dewi.
heee....

Walaupun berkongsi cerita hanya soal kerja.
Pasal pesakit & ubat-ubat.
Tapi kalau dah selesa berkawan.
Cerita apa pun rasa seronok.
Dalam hati pun rasa ada taman.
Berbunga-bunga.

Sebab msg selalu masa dekat hospital.
Jadi....
Hujan bunga di hospital lah.

p/s:
kalau selena gomez "i love you lyke a love song, farah farhana pulak "i love you lyke my career"
love ? teeetttttt..... ;P

Jan 9, 2012

Morning message! ;)

Assalamualaikum.
:)

Short entry.
For the most sweet2 person in my life.
Thanks for the morning message.
Very short & simple.
Paling penting ingatan dari kamu.
Kamu yang sweet.

p/s:
I guess u know who u're.
Gula-gula hidup saya.
Take care kamu.
Kerja baek2.
<3